RSS

Kucing oh Kucing

Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivorkecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika,Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau (“meow”/”miaou”), mengeluarkan bunyi ‘purrr’, berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusiadan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.

Kucing Dan Islam

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan),” [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah diMadinah. Lalu, baginda bersabda, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkukbubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai “Abu Hurairah” yang beerti “Bapa anak-anak kucing” kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.


 
Leave a comment

Posted by on April 25, 2011 in Uncategorized

 

Sejarah Kolej Mohamad Rashid

Kolej Mohamad Rashid telah dibina di atas tapak estet Serdang oleh Macmillan and Company, awalnya dikenali sebagai Kolej Kediaman Pertama terdiri daripada lima buah blok kediaman mengikut nama beberapa jenis pokok kayu iaitu Resak, Kempas, Merbau, Cengal dan Kemuning.
Sebagai kolej yang paling lama di kampus ini dan berkembang bersama Kolej Pertanian dan seterusnya
Universiti Pertanian Malaysia, maka tidak hairanlah jika kolej ini sering dikaitkan dengan tokoh-tokoh tertentu. Antaranya ialah Dr. Haji Mohamad Rashid Ahmad (Cikgu Rashid), Tan Sri Dato’ Dr. Nayan Ariffin, Tan Sri Ani Arope, Tan Sri Rashdan Baba, Prof. Dato’ Dr. Ir. Mohd Zohardie Bardaie, Prof. Dr. Rahim Md. Sail, Prof. Madya Dato’ Dr. Idris Abdol, Prof. Dr. Ghizan Salleh dan ramai lagi personaliti Kediaman Pertama pada ketika itu.
Tanggal 1975, sebahagian daripada kolej ini telah dijadikan klinik, Pejabat Persatuan Kolej Pertanian dan Pejabat Persatuan Pelajar (CAMSU). Pada awalnya, kebanyakan penghuni KMR adalah pelajar-pelajar Matrikulasi yang meliputi 95 peratus daripada penghuninya.
Kolej Kediaman Pertama dengan rasminya, telah ditukarkan namanya kepada nama Kolej Kediaman Cikgu Rashid pada 14 Ogos 1988 dan semenjak sistem Kolegiat diperkenalkan di UPM pada awal tahun 1995, nama kolej telah bertukar kepada Kolej Cikgu Rashid. Bermula Mei 1995, selaras dengan imej korporat, Kolej Cikgu Rashid bertukar nama kepada Kolej Mohamad Rashid dan lebih dikenali sebagai KMR dikalangan warga universiti.
Sekolah Pertanian
l
Kolej Pertanian
l
Kolej Kediaman Cikgu Rashid
l
Kolej Mohamad Rashid
kenapa mesti roboh…banyak kenangan ku di sini…huhuhuhu
sumber: welovekmr.blogpsot.com
 
Leave a comment

Posted by on April 23, 2011 in Uncategorized

 

Sejarah Universiti Putra Malaysia

Penubuhan Universiti Putra Malaysia mula dikesan sejak penubuhan Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931 yang memberi tumpuan dan penekanan kepada bidang pertanian di Tanah Melayu. John Scott, Pegawai Pentadbir Kerajaan Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi ‘Ex-Officio’ Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada masa itu, merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan penubuhan Sekolah Pertanian yang berkeluasan 8.8 hektar di kawasan Serdang, Selangor. Sekolah ini yang bertujuan menyediakan pegawai-pegawai bagi Jabatan Pertanian telah beroperasi selama 10 tahun sehinggalah Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union telah mengisytiharkan bahawa Sekolah Pertanian tersebut dinaik taraf menjadi Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1947.Bermulanya kenaikan taraf kepada Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1947, kecemerlangan kolej ini semakin mendapat perhatian sehingga timbul cadangan untuk menaikkan taraf kolej ini menjadi sebuah universiti. Namun, hasrat ini tertangguh berikutan meletusnya darurat pada pertengahan tahun 1948. Pada tahun 1960, Fakulti Pertanian Universiti Malaya telah ditubuhkan dan pada 1 Jaunari 1962 satu status telah diluluskan untuk menjadikan Majlis Kolej Pertanian Malaysia sebagai satu pihak berkuasa Universiti Malaya.Selaras dengan kepentingan sektor pertanian kepada ekonomi negara, peranan Kolej ini adalah sangat penting. Justeru, kerajaan telah memperuntuk sebanyak RM 7.9 juta bagi melaksanakan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Peruntukan yang diterima digunakan bagi mempertingkatkan pengambilah pelajar, membina dewan kuliah, meluaskan kawasan bagi perkembangan kolej, menambah makmal sains serta menambah bilangan pegawainya.Penubuhan sebuah universiti pertanian yang menawarkan program pengajian di peringkat ijazah semakin cerah apabila hasrat tersebut diutarakan oleh Tun Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan bangunan tambahan Kolej Pertanian Malaya di Serdang pada 31 Mac 1969. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia ini akhirnya menjadi satu kenyataan dan telah diaktakan sebagai satu Perintah Perbadanan yang ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, dan disiarkan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 387 pada 29 Oktober 1971.

Penubuhan UPM diasaskan oleh gabungan Kolej Pertanian Malaya, dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Dr. Mohd Rashdan Baba adalah Naib Canselor yang pertama. Sebelum itu, Dr. Mohd Rashdan Baba merupakan Pengetua Kolej Pertanian Malaya dan 1965 hingga 1969. Bermula 23 Julai 1973, UPM telah memulakan sesi akademiknya dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga fakulti pengasas iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Petemakan, Fakulti Perhutanan dan Fakulti Pertanian. UPM telah mengeluarkan graduan pertamanya pada Majlis Konvokesyen pertamanya pada 30 Julai 1977. Pada awal tahun 1980-an, skop pengajian UPM telah dikembangkan dengan memperkenal bidang Sains dan Teknologi dalam bidang pengajian yang ditawarkan. Sebagai sebuah universiti yang dinamik dan sensitif kepada tuntutan semasa dan peningkatan pembangunan, secara peringkat derni peringkat UPM menambahkan bidang- bidang baru dalam program pengajiannya misalnya sains sosial dan kesenian, teknologi maklumat dan perubatan sebagai persediaan untuk menjadi Universiti abad ke-21. Universiti Pertanian Malaysia menempa satu lagi sejarah dengan pengisytiharan nama baru, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 3 April 1997 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mahathir Mohammad. Nama baru ini menggambarkan UPM menawarkan pelbagai bidang termasuklah sains dan teknologi di samping program berkaitan pertanian, perhutanan dan veterinar. Malah UPM masih terus memperkukuhkan bidang pertanian, termasuklah disiplin yang berkaitan dengannya selaras dengan dasar negara dan keperluan masyarakat.

sumber : welovekmr.blogspot.com
 
Leave a comment

Posted by on April 23, 2011 in Uncategorized

 

Congak!

Congak ialah satu kaedah pengiraan yang hanya menggunakan otak manusia, tanpa bantuan kalkulatorkomputer, atau pen dan kertas.

Secara praktikalnya, pencongakan bukan sahaja membantu apabila tiada alat pengiraan, tetapi ia juga membantu dalam keadaan pengiraan cepat mesti dilakukan. Apabila sesuatu kaedah dibuat dengan lebih pantas dari kaedah konvensional (seperti yang diajar di sekolah), ia dipanggil kaedah pendek. Walaupun tujuan utamanya ialah untuk mempercepatkan pengiraan, pencongakan juga dipraktikkan dan ditambah dengan helah-helah untuk menunjukkan kemahiran pengiraan pantas.

Hampir semua kaedah sebegini menggunakan sistem angka perpuluhan. Pemilihanradiks menentukan kaedah yang sesuai dan pengiraan yang mudah untuk dilakukan dalam fikiran. Contohnya, mendarab atau membahagi dengan 10 adalah sangat mudah untuk angka perpuluhan (cuma alihkan titik perpuluhan), sementara mendarab dan membahagi dengan enam belas adalah sukar; tetapi keadaan berbeza berlaku apabila asas perenambelasan digunakan.

sumber: wiki

 
Leave a comment

Posted by on April 23, 2011 in Uncategorized

 

Sejarah Coca-Cola

Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola CompanyNYSE: KO) dari AtlantaGeorgiaAmerika Syarikat. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai tanda niaganya. Coke merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan yang amat meluas.

Dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19, Coca-Cola telah diperoleh oleh usahawan Asa Griggs Candler, dan melalui taktik pemasarannya yang amat bijaksana, Coke sanggup mendominasikan pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20. Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coca-Cola masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia.

Ahli farmasi John Stith Pemberton dari Columbus, Georgia mereka wain koka yang diberikan gelaran Wain Koka Perancis Pemberton(“Pemberton’s French Wine Coca“) pada tahun 1884. Dia diilhami oleh kejayaan hebat Vin Mariani, sejenis wain koka Perancis yang dibuat oleh Angelo Mariani.

Sewaktu Atlanta dan Wilayah Fulton meluluskan undang-undang larangan terhadap penjualan minuman keras pada tahun yang berikut, Pemberton bermula mengembangkan versi kola wain Perancis tanpaalkohol. Dia menamakan minuman itu sebagai “Coca-Cola” kerana ia mengandungi perangsang daun koka dari Amerika Selatan yang telah diberi rasa dengan penggunaan buah kola yang mengandungi kafeina. Setiap gelen sirap mengandungi lima auns daun koka. Jualan pertama dibuat di “Farmasi Jacob” di AtlantaGeorgia pada 8 Mei 1886. Untuk lapan bulan pertama, cuma sembilan gelas dijual pada puratanya setiap hari. Pemberton mengiklankan minuman itu buat pertama kali pada 29 Mei dalam tahun tersebut di Jurnal Atlanta.

Pada mula-mulanya, Coca-Cola dijual sebagai ubat paten untuk lima sen segelas. Walaupun Pemberton bermaksud minuman itu dijual sebagai minuman tanpa bergas, ia dijual melalui dispenser soda yang amat popular di Amerika Syarikat pada waktu itu kerana kepercayaan bahawa air berkarbonat adalah baik untuk kesihatan. Pemberton mendakwa bahawa Coca-Cola dapat mengubati banyak penyakit, termasuk ketagihan morfindispepsianeurasteniasakit kepala, dan mati pucuk.

Pada 1887 sementara mengalami ketagihan morfin, Pemberton menjual sebahagian hak milik syarikatnya kepada Asa Griggs Candler yang memperbadankannya menjadi Perbadanan Coca Cola pada tahun 1888. Pada tahun yang sama, Pemberton menjual haknya buat kali kedua kepada lagi tiga usahawan: J.C. Mayfield, A.O. Murphey, dan E.H. Bloodworth. Pada waktu yang sama, Charley Pemberton, anak Pemberton yang merupakan penagih alkohol, bermula menjual versi sendiri. Tiga versi Coca-Cola – dijual oleh tiga perniagaan yang berasingan – terdapat di dalam pasaran.. [1]

Untuk mengatasi masalah itu, John Pemberton mengisytiharkan bahawa nama “Coca-Cola” adalah kepunyaan Charley, akan tetapi kedua-dua pengilang yang lain itu boleh meneruskan penggunaan rumusannya. Oleh sebab itu, pada musim panas 1888, Candler menjual minumannya di bawah nama “Yum Yum” dan “Koke”. Selepas kedua-dua nama itu gagal menerima sambutan yang baik, Candler bermula membuat tuntutan ke atas nama “Coca-Cola pada akhir 1888 kerana ingin menutupkan perniagaan kedua-dua pesaingnya. Candler membeli hak eksklusif untuk rumusan minuman itu daripada John Pemberton, Margaret Dozier, dan Woolfolk Walker. Bagaimanapun, pada tahun 1914, Dozier mendakwa bahawa tandatangannya pada bil jualan adalah palsu, dan penganalisisan kemudian menunjukkan bahawa tandatangan John Pemberton juga mungkin merupakan pemalsuan. [2]

Pada tahun 1892, Candler memperbadankan syarikat kedua, “Syarikat Coca-Cola” (“The Coca-Cola Company“) (perbadanan kini), dan kemudian pada 1910, dia membakar rekod-rekod syarikat yang terawal untuk mengaburkan keasalan syarikatnya di sisi undang-undang. Candler kemudian bermula memasarkan produk itu secara agresif, tetapi kesan yang diharap-harapkan daripada kempen pengiklanan tidak dapat diperolehi sehingga jauh kemudian.

Coca-Cola dijual dalam bentuk botol buat pertama pada 12 Mac 1894, dan dalam bentuk tin aluminium buat pertama kali pada 1955. Pembotolan Coca-Cola yang pertama dilaksanakan di Syarikat Biedenharn Candy di VicksburgMississippi, pada tahun 1891. Pemiliknya Joseph A. Biedenharn. Botol yang asli adalah botol Biedenharn, yang kelihatan amat berbeza daripada reka bentuk skirt hobel yang kini amat biasa. Asa Candler tidak yakin akan pembotolan minuman itu, tetapi kedua-dua usahawan yang mengemukakan gagasan itu amat meyakinkan sehingga Candler menandatangani kontrak yang memberikan kawalan prosedur pembotolan kepada mereka. Bagaimanapun, kontrak yang tidak ketat itu membawakan kesulitan kepada syarikat Coca-Cola pada dekad-dekad yang berikut. Masalah itu dirumitkan lagi dengan keputusan pembotol untuk memberikan subkontrak kepada syarikat-syarikat yang lain &mdash pada hakikatnya, menjadi pembotol induk. Ini bermakna bahawa Coca-Cola dijual dalam pebagai jenis botol, sehingga pengenalan botol Coke piawai yang ikonik pada tahun 1916.

 
Leave a comment

Posted by on April 23, 2011 in Uncategorized

 

Sejarah Mel Elektronik ( e-mel )

Bagaimana e-mel berfungsi

E-mel direka terlebih dahulu sebelum kewujudan Internet, dan sebenarnya merupakan alat yang penting dalam penciptaan Internet. Pada tahun 1961, MIT mula-mula mendemonstrasi Sistem Pengongsian Masa Serasi (Compatible Time-Sharing System, CTSS)[2] yang membolehkan ramai pengguna melog masuk ke dalam IBM 7094[3] dari terminal dailan jarak jauh, serta menyimpan fail-fail atas talian ke dalam cakera. Kebolehan baru ini menggalakkan para pengguna berkongsi maklumat dengan cara-cara baru. E-mel dimulakan pada tahun 1965 sebagai satu kaedah untuk ramai pengguna komputer kerangka utama berkongsi masa untuk berkomunikasi sesama sendiri. Sungguhpun sejarah tepatnya tidak jelas, namun antara sistem-sistem terawal yang memiliki kemudahan sebegini ialah Q32oleh SDCdan CTSS oleh MIT.

E-mel dengan begitu pantas berkembang menjadi e-mel rangkaian yang membolehkan pengguna mengirim mesej di antara komputer-komputer berlainan seawal-awalnya pada tahun 1966 (ada kemungkinan bahawa sistem SAGE agak serupa dengan ini berapa ketika sebelumnya).

Rangkaian komputer ARPANET memberi sumbangan besar kepada perkembangan e-mel. Terdapat satu laporan[4] yang menandakan pemindahan e-mel antara sistem percubaan padanya tidak lama selepas penciptaanya pada tahun 1969. Ray Tomlinson memulakan penggunaan lambang @ untuk memisahkan nama pengguna dan nama mesin pada tahun 1971.[5] ARPANET banyak meningkatkan populariti e-mel, maka e-mel menjadi aplikasi pembubuh bagi ARPANET.

sumber: wiki

 
Leave a comment

Posted by on April 23, 2011 in Uncategorized

 

Sejarah Rumah Api Iskandariah

Bangunan rumah api direka oleh Sostratus dari Snidus atas arahan Satrap (Gabenor) Ptolemy I, seorang panglima Iskandar Agung. Selepas Iskandar meninggal dunia, Ptolemy mengisytiharkan diri sebagai raja baru dan mengarahkan pembinaan bangunan rumah api. Bangunan ini disiapkan semasa pemerintahan anakandanya, Ptolemy II Philadelphus.

Lukisan Martin Heemskerck.

Menurut legenda, Sostratus dihalang oleh Ptolemy meletakkan namanya di bangunan. Namun, Sostratus juga mengukir namanya di tapak bangunan itu, serta inskripsi: Sostratus, anak Dexiphanes dari Cnidia membaktikan bangunan ini kepada tuhan-tuhan, bagi pihak pelayar dan penelajah. Inskripsi itu disorokkan di bawah selapis plaster, dan di bahagian luarnya tertulis satu lagi inskripsi mengagungkan Ptolemy.

Cerita-cerita dongeng pula menyatakan bahawa rumah api ini dapat dilihat dari jarak sejauh 56 km. Bangunan ini dibina menggunakan batu berwarna muda dan mempunyai tiga bahagian: bahagian segi empat tepat bawah dengan teras pusat, bahagian lapan sisi tengah dan bahagian bulat atas. Sebuah cermin besar yang memantul cahaya matahari diletakkan di mercunya, manakala api digunakan pada waktu malam. Berhala Poseidon didirikan di puncaknya pada zaman Empayar Rom.

Dinding bangunan mampu menahan lambakan air laut. Bangunan ini berdiri kukuh dan merupakan antara tujuh keajaiban terakhir (kecuali Piramid Agung Kufu) yang roboh.

sumber : wikipedia.org

 
Leave a comment

Posted by on April 21, 2011 in Uncategorized

 
  •