RSS

Fakta Tentang Bunga Raya

20 Apr

BUNGA raya adalah sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Hibiscus rosa-sinensis adalah bunga kebangsaan Malaysia, dikenali bunga raya. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian diarah mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir 1958, Kementerian Pertanian mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga yang dicadangkan adalah kenanga, bunga raya, melur, teratai, mawar, cempaka dan bunga tanjung.

       Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.Hibiscus Cina (Hibiscus rosa-sinensis L.; Keluarga Malvaceae) adalah pokok renek asal di barat Asia, juga dikenali sebagai mawar China dan bunga kasut. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya agar besar tapi tidak berbau. Pelbagai cultivars, varieties dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India. Permukaan batangnya licin dan daun daripada jenis simple dan alternate. Saiz dan bentuk daun berbeza-beza walaupun berada pada tangkai yang sama. Bentuknya mungkin ‘entire’ tetapi biasanya ‘lobed’ atau ‘deeply divided’. Kebanyakan daun Hibiscus berwarna hijau tua. Struktur bunga terdiri daripada lima petal mengelilingi kolum stamina di tengah-tengah. Ovarinya mengandungi lima karpel dan banyak stamen bersambung untuk membentuk kolum stamina melalui tengah style single. Bunga juga terjadi dalam pelbagai kaedah iaitu tunggal (definite form) iaitu lima petal manakala yang lain multiple iaitu ‘double form’. Ada satu lagi kaedah iaitu ‘semi-double form’. Bunga berkembang waktu pagi dan mula layu menjelang petang. Ia berbunga sepanjang tahun.

 
Leave a comment

Posted by on April 20, 2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  •  
    %d bloggers like this: