RSS

Sejarah Kapas

21 Apr

Kapas telah digunakan untuk menghasilkan pakaian ringan yang baik di kawasan tropika selama ber(millennia). Sesetengah pihak mendakwa bahawa kemungkinannya Mesir purba telah mempunyai kapas semenjak seawal 12,000 BC, dan terdapat bukti tentang kapas di gua Mexico(pakaian kapas dan serpihan gentian ditenun bersama bulu pelepah dan bulu) yang bertarikh semenjak sekitar 7,000 tahun lalu. Terdapat bukti arkheologi bahawa penduduk di Amerika Selatan dan India menanam kapas spesies berlainan secara berasingan semenjak beribu-ribu tahun lalu.

Rujukan bertulis terawal mengenai kapas terdapat di India. Kapas telah ditanam di India sejak tiga ribu tahun lalu, dan dirujuk di dalam Rig-Veda, ditulis pada 1500 BC. Seribu tahun kemudiannya sejarahwan agung Greek KunoHerodotus menulis mengenai kapas India: “Terdapat pokok yang tumbuh meliar di sana, buahnya merupakan benang bulu lebih cantik dan elok berbanding bulu biri-biri. Orang-orang India menghasilkan pakaian mereka daripada bulu pokok ini”. (Book iii. 106)

Pada akhir tempoh mediaeval, kapas dikenali sebagai gentian diimport di utara Eropah, tanpa sebarang pengetahuan lain selain bahawa ia merupakan berasal daripada tumbuhan; penduduk dikawasan ini, biasa hanya dengan gentian haiwan (benang bulu daripada biri-biri), hanya boleh membayangkan bahawa kapas semestinya dihasilkan oleh pokok yang berbuah biri-biri. John Mandeville, menulis pada 1350, menyatakan sebagai fakta kepercayaan yang sekarang ini terbukti mengarut: “Terdapat di India sejenis pokok yang mengkagumkan yang mempunyai biri-biri kenik pada hujung dahannya. Dahannya ini mudah melentur sehinggakan ia bengkok kebawah bagi membenarkan biri-biri ini makan apabila mereka lapar.”. Aspek ini kekal sebagai nama kapas dalam kebanyakan bahasa Eropah, seperti bahasa Jerman Baumwolle, yang bererti “bulu pokok – tree wool”.

Pada akhir abad ke 16 AD, kapas ditanam dikeseluruhan kawasan panas diAfrikaEurasia dan Amerika.

Industri pemprosesan kapas India tenggelam semasa Revolusi Industri British, apabila ciptaan Spinning Jenny (1764) dan bingkai pengirai (spinning frame) Arkwright (1769) membolehkan penghasilan pakaian kapas secara pukal yang murah di UK. Kaupayaan pengeluaran dipertingkatkan lagi dengan ciptaan (cotton gin) oleh Eli Whitney pada 1793.

Di Amerika Syarikat terdapat tiga jenis tanaman yang menggunakan hamba abadi, kapas, indigo dan tembakau. Selepas pembebasan (emancipation), dalam kebanyakan kes evolusi sistem perkongsian hasil (share cropping) tidak jauh berbeza dengan sistem perhambaan.

sumber : wikipedia

 
Leave a comment

Posted by on April 21, 2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  •  
    %d bloggers like this: