RSS

Sejarah Pizza

21 Apr

Pizza merupakan makanan segera yang sangat popular pada masa kini. Pizza bukan sahaja sangat popular di Amerika Syarikat dan Italitetapi makanan ini sudah mula terkenal di negara Malaysia. Malah, banyak restoran pizza yang tumbuh di negara Malaysia seperti Pizza HutShakey`s PizzaDomino Pizza, dan lain-lain lagi.

Tentu ramai yang menyangka bahawa pizza berasal dari Itali. Sangkaan itu meleset sama sekali. Pizza mempunyai lagendanya yang tersendiri. Berdasarkan sejarah, masyarakat di sekitar laut tengah telah menghasilkan roti yang bentuknya seperti bentuk roti pizza. Kemudian, orang Yunani zaman dahulu memakan roti yang dipanggil plankuntos bersama lauk yang diletak pada atasnya. Roti tersebut diadun daripada tepung yang diuli dengan air. Kemudiannya dileperkan dan dibakar di atas batu yang dipanaskan di bawah cahaya matahari. Seterusnya, apabila manusia telah pandai menghasilkan api di dalam tungku. Perkataan pizza juga dianggap sebagai turutan dari perkataan Yunani iaitu picea.

Penciptaan pizza yang sempurna berlaku pada zaman renaissance di Napoli, Itali. Para petani di sana membuat roti tawar dari gandum dan minyak zaitun. Manakala di tengah-tengahnya pula ditabur hirisan keju mozzarella. Seterusnya tomato diperkenalkan. Campuran tomato menjadikan pizza itu lebih lazat. Dengan itu, keju mozzarella dan tomato menjadi bahan utama dalam penyediaan pizza.

Oleh itu, tidak hairanlah dikatakan kota Napoli merupakan ibu kota pizza. Malah, pizza Napolita adalah salah satu pizza yang paling popular di dunia. Pizza bukan termasyhur di kalangan rakyat biasa, malah di kalangan golongan istana. Dengan itu, muncul pizza Margherita yang diambil sempena nama Ratu Margherita dari Itali.

Pizza telah dibawa ke Amerika Syarikat dan menjadi terkenal dalam sekelip mata. Malah, pizza sudah menjadi pilihan masyarakat di seluruh dunia.

Pizza Satay adalah ciptaan Malaysia dan sekarang terkenal di Nusantara Melayu, terutamanya di Malaysia, dan juga di negara sepertiAmerika Syarikat dan Australia. Pizza jenis inilah telah membuat makanan Malaysia berbeza dari negara-negara lain di Asia (contohnya Thailand dengan sos cili manis dan Jepun dengan sushi). Untuk resipi pizza ini, sila lihat Pizza Satay Ayam.

sumber : wikipedia.org

 
Leave a comment

Posted by on April 21, 2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  •  
    %d bloggers like this: