RSS

Sejarah Coca-Cola

23 Apr

Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola CompanyNYSE: KO) dari AtlantaGeorgiaAmerika Syarikat. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai tanda niaganya. Coke merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan yang amat meluas.

Dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19, Coca-Cola telah diperoleh oleh usahawan Asa Griggs Candler, dan melalui taktik pemasarannya yang amat bijaksana, Coke sanggup mendominasikan pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20. Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coca-Cola masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia.

Ahli farmasi John Stith Pemberton dari Columbus, Georgia mereka wain koka yang diberikan gelaran Wain Koka Perancis Pemberton(“Pemberton’s French Wine Coca“) pada tahun 1884. Dia diilhami oleh kejayaan hebat Vin Mariani, sejenis wain koka Perancis yang dibuat oleh Angelo Mariani.

Sewaktu Atlanta dan Wilayah Fulton meluluskan undang-undang larangan terhadap penjualan minuman keras pada tahun yang berikut, Pemberton bermula mengembangkan versi kola wain Perancis tanpaalkohol. Dia menamakan minuman itu sebagai “Coca-Cola” kerana ia mengandungi perangsang daun koka dari Amerika Selatan yang telah diberi rasa dengan penggunaan buah kola yang mengandungi kafeina. Setiap gelen sirap mengandungi lima auns daun koka. Jualan pertama dibuat di “Farmasi Jacob” di AtlantaGeorgia pada 8 Mei 1886. Untuk lapan bulan pertama, cuma sembilan gelas dijual pada puratanya setiap hari. Pemberton mengiklankan minuman itu buat pertama kali pada 29 Mei dalam tahun tersebut di Jurnal Atlanta.

Pada mula-mulanya, Coca-Cola dijual sebagai ubat paten untuk lima sen segelas. Walaupun Pemberton bermaksud minuman itu dijual sebagai minuman tanpa bergas, ia dijual melalui dispenser soda yang amat popular di Amerika Syarikat pada waktu itu kerana kepercayaan bahawa air berkarbonat adalah baik untuk kesihatan. Pemberton mendakwa bahawa Coca-Cola dapat mengubati banyak penyakit, termasuk ketagihan morfindispepsianeurasteniasakit kepala, dan mati pucuk.

Pada 1887 sementara mengalami ketagihan morfin, Pemberton menjual sebahagian hak milik syarikatnya kepada Asa Griggs Candler yang memperbadankannya menjadi Perbadanan Coca Cola pada tahun 1888. Pada tahun yang sama, Pemberton menjual haknya buat kali kedua kepada lagi tiga usahawan: J.C. Mayfield, A.O. Murphey, dan E.H. Bloodworth. Pada waktu yang sama, Charley Pemberton, anak Pemberton yang merupakan penagih alkohol, bermula menjual versi sendiri. Tiga versi Coca-Cola – dijual oleh tiga perniagaan yang berasingan – terdapat di dalam pasaran.. [1]

Untuk mengatasi masalah itu, John Pemberton mengisytiharkan bahawa nama “Coca-Cola” adalah kepunyaan Charley, akan tetapi kedua-dua pengilang yang lain itu boleh meneruskan penggunaan rumusannya. Oleh sebab itu, pada musim panas 1888, Candler menjual minumannya di bawah nama “Yum Yum” dan “Koke”. Selepas kedua-dua nama itu gagal menerima sambutan yang baik, Candler bermula membuat tuntutan ke atas nama “Coca-Cola pada akhir 1888 kerana ingin menutupkan perniagaan kedua-dua pesaingnya. Candler membeli hak eksklusif untuk rumusan minuman itu daripada John Pemberton, Margaret Dozier, dan Woolfolk Walker. Bagaimanapun, pada tahun 1914, Dozier mendakwa bahawa tandatangannya pada bil jualan adalah palsu, dan penganalisisan kemudian menunjukkan bahawa tandatangan John Pemberton juga mungkin merupakan pemalsuan. [2]

Pada tahun 1892, Candler memperbadankan syarikat kedua, “Syarikat Coca-Cola” (“The Coca-Cola Company“) (perbadanan kini), dan kemudian pada 1910, dia membakar rekod-rekod syarikat yang terawal untuk mengaburkan keasalan syarikatnya di sisi undang-undang. Candler kemudian bermula memasarkan produk itu secara agresif, tetapi kesan yang diharap-harapkan daripada kempen pengiklanan tidak dapat diperolehi sehingga jauh kemudian.

Coca-Cola dijual dalam bentuk botol buat pertama pada 12 Mac 1894, dan dalam bentuk tin aluminium buat pertama kali pada 1955. Pembotolan Coca-Cola yang pertama dilaksanakan di Syarikat Biedenharn Candy di VicksburgMississippi, pada tahun 1891. Pemiliknya Joseph A. Biedenharn. Botol yang asli adalah botol Biedenharn, yang kelihatan amat berbeza daripada reka bentuk skirt hobel yang kini amat biasa. Asa Candler tidak yakin akan pembotolan minuman itu, tetapi kedua-dua usahawan yang mengemukakan gagasan itu amat meyakinkan sehingga Candler menandatangani kontrak yang memberikan kawalan prosedur pembotolan kepada mereka. Bagaimanapun, kontrak yang tidak ketat itu membawakan kesulitan kepada syarikat Coca-Cola pada dekad-dekad yang berikut. Masalah itu dirumitkan lagi dengan keputusan pembotol untuk memberikan subkontrak kepada syarikat-syarikat yang lain &mdash pada hakikatnya, menjadi pembotol induk. Ini bermakna bahawa Coca-Cola dijual dalam pebagai jenis botol, sehingga pengenalan botol Coke piawai yang ikonik pada tahun 1916.

 
Leave a comment

Posted by on April 23, 2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  •  
    %d bloggers like this: