RSS

Sejarah Universiti Putra Malaysia

23 Apr
Penubuhan Universiti Putra Malaysia mula dikesan sejak penubuhan Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931 yang memberi tumpuan dan penekanan kepada bidang pertanian di Tanah Melayu. John Scott, Pegawai Pentadbir Kerajaan Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi ‘Ex-Officio’ Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada masa itu, merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan penubuhan Sekolah Pertanian yang berkeluasan 8.8 hektar di kawasan Serdang, Selangor. Sekolah ini yang bertujuan menyediakan pegawai-pegawai bagi Jabatan Pertanian telah beroperasi selama 10 tahun sehinggalah Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union telah mengisytiharkan bahawa Sekolah Pertanian tersebut dinaik taraf menjadi Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1947.Bermulanya kenaikan taraf kepada Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1947, kecemerlangan kolej ini semakin mendapat perhatian sehingga timbul cadangan untuk menaikkan taraf kolej ini menjadi sebuah universiti. Namun, hasrat ini tertangguh berikutan meletusnya darurat pada pertengahan tahun 1948. Pada tahun 1960, Fakulti Pertanian Universiti Malaya telah ditubuhkan dan pada 1 Jaunari 1962 satu status telah diluluskan untuk menjadikan Majlis Kolej Pertanian Malaysia sebagai satu pihak berkuasa Universiti Malaya.Selaras dengan kepentingan sektor pertanian kepada ekonomi negara, peranan Kolej ini adalah sangat penting. Justeru, kerajaan telah memperuntuk sebanyak RM 7.9 juta bagi melaksanakan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Peruntukan yang diterima digunakan bagi mempertingkatkan pengambilah pelajar, membina dewan kuliah, meluaskan kawasan bagi perkembangan kolej, menambah makmal sains serta menambah bilangan pegawainya.Penubuhan sebuah universiti pertanian yang menawarkan program pengajian di peringkat ijazah semakin cerah apabila hasrat tersebut diutarakan oleh Tun Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan bangunan tambahan Kolej Pertanian Malaya di Serdang pada 31 Mac 1969. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia ini akhirnya menjadi satu kenyataan dan telah diaktakan sebagai satu Perintah Perbadanan yang ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, dan disiarkan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 387 pada 29 Oktober 1971.

Penubuhan UPM diasaskan oleh gabungan Kolej Pertanian Malaya, dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Dr. Mohd Rashdan Baba adalah Naib Canselor yang pertama. Sebelum itu, Dr. Mohd Rashdan Baba merupakan Pengetua Kolej Pertanian Malaya dan 1965 hingga 1969. Bermula 23 Julai 1973, UPM telah memulakan sesi akademiknya dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga fakulti pengasas iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Petemakan, Fakulti Perhutanan dan Fakulti Pertanian. UPM telah mengeluarkan graduan pertamanya pada Majlis Konvokesyen pertamanya pada 30 Julai 1977. Pada awal tahun 1980-an, skop pengajian UPM telah dikembangkan dengan memperkenal bidang Sains dan Teknologi dalam bidang pengajian yang ditawarkan. Sebagai sebuah universiti yang dinamik dan sensitif kepada tuntutan semasa dan peningkatan pembangunan, secara peringkat derni peringkat UPM menambahkan bidang- bidang baru dalam program pengajiannya misalnya sains sosial dan kesenian, teknologi maklumat dan perubatan sebagai persediaan untuk menjadi Universiti abad ke-21. Universiti Pertanian Malaysia menempa satu lagi sejarah dengan pengisytiharan nama baru, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 3 April 1997 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mahathir Mohammad. Nama baru ini menggambarkan UPM menawarkan pelbagai bidang termasuklah sains dan teknologi di samping program berkaitan pertanian, perhutanan dan veterinar. Malah UPM masih terus memperkukuhkan bidang pertanian, termasuklah disiplin yang berkaitan dengannya selaras dengan dasar negara dan keperluan masyarakat.

sumber : welovekmr.blogspot.com
 
Leave a comment

Posted by on April 23, 2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  •  
    %d bloggers like this: